Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Sindiket Penjualan Bayi

Published: 13 Jun 2014 2.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Selepas berjaya menyelamatkan lima bayi dan seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa sindiket penjualan bayi, polis berjaya menyelamatkan empat lagi bayi di sekitar Banting, Klang dan Kajang minggu lal
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-sindiket-penjualan-bayi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:48 MYT

SUBANG JAYA 22 Disember 2009. - Selepas berjaya menyelamatkan lima bayi dan seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa sindiket penjualan bayi, polis berjaya menyelamatkan empat lagi bayi di sekitar Banting, Klang dan Kajang minggu lalu.

Berikutan kejayaan itu, polis kini telah menyelamatkan 10 bayi termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dalam 'Ops Kasih Klang' yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar berkata, pihaknya turut menahan tujuh lagi individu yang dipercayai ibu kepada bayi tersebut selain orang tengah dan pembeli.

Katanya, empat tangkapan terbaru itu dilakukan di Banting, Klang, Petaling Jaya dan Kajang.

"Kesemua yang ditahan berusia antara 22 hingga 36 tahun," katanya selepas majlis perasmian pondok bit polis di Jalan Kekwa, Puchong Perdana di sini hari ini.

Pada 14 Disember lalu, polis Selangor menumpaskan sindiket penjualan bayi dengan tertangkapnya sembilan ejen termasuk dalang dan empat pembeli di sekitar Banting, Klang dan Kajang.

Dalam operasi itu, polis menyelamatkan lima bayi berusia lingkungan dua minggu hingga sembilan bulan serta seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Polis turut menyelamatkan dua wanita rakyat Indonesia yang sarat mengandung. Kedua-dua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Susulan penahanan tersebut, seorang ejen insurans dan dua anak perempuannya yang dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan bayi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas tuduhan memperdagangkan tiga bayi berusia sehari, pada 15 Disember lalu.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM