Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas Sindiket Edar Dadah Di Kawasan Kampung

Diterbitkan: 16 Jun 2014 1.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Satu sindiket pengedaran dadah yang mensasarkan penagih di kawasan kampung sekitar daerah Kerian tumpas apabila polis menahan dua lelaki dan merampas dadah bernilai lebih RM140,000..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-sindiket-edar-dadah-di-kawasan-kampung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:38 MYT

BAGAN SERAI, 26 Ogos 2010 -- Satu sindiket pengedaran dadah yang mensasarkan penagih di kawasan kampung sekitar daerah Kerian tumpas apabila polis menahan dua lelaki dan merampas dadah bernilai lebih RM140,000 dalam dua serbuan di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata dua lelaki berusia 33 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Kepak, Simpang 4, Semanggol dan di Simpang, Taiping.

"Dalam serbuan pertama di Kampung Sungai Kepak, Simpang 4, Semanggol pada pukul 6.30 petang, polis merampas tiga ketulan ganja mampat seberat 300 gram setiap satu.

"Lelaki yang ditahan dalam serbuan itu kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Simpang, Taiping dan hasil serbuan di rumah kedua itu, seorang peniaga ditahan dan sebanyak 2,440 gram ganja mampat dan 1,300 gram heroin yang dalam proses untuk dipek dirampas," katanya kepada pemberita Khamis.

Mat Fauzi berkata bekalan ganja dan heroin itu dipercayai diperoleh dari dalam negara dan polis masih menyiasat sama ada ia mempunyai kaitan dengan sindiket yang telah ditumpaskan sebelum ini.

Beliau berkata seorang daripada lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dadah.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 1.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM