Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Sindiket Dadah Rampas Wang Kereta Mewah Hampir Rm1 Juta

Published: 05 Dec 2017 1.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM900,000 selepas menahan tujuh individu dalam enam serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan Kuala Lumpur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-sindiket-dadah-rampas-wang-kereta-mewah-hampir-rm1-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:18 MYT


Johor Bahru: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM900,000 selepas menahan tujuh individu dalam enam serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata dalam serbuan bermula pada jam 8.30 malam hingga 10.15 malam Sabtu lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang turut disertai Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman menahan lima lelaki dan dua wanita berusia 26 hingga 32 tahun.

Katanya, turut dirampas syabu seberat 8.2 kilogram (kg), heroin (1.5kg) dan ketamin (605 gram), selain 2,205 pil khayal, 1,101 pil erimin 5 serta 3,950 pil ekstasi.

"Hasil perkongsian maklumat risikan daripada Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik (PNSB) Thailand serta Pusat Biro Narkotik (CNB) Singapura ini, polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi sindiket tempatan di sekitar kawasan Johor dan Kuala Lumpur.

Sumber: Berita Harian

RAMPAS-DADAH-RM900000-DALAM-ENAM-SERBUAN

ArticlePublished 05 Dec 2017 1.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM