Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Remaja Perempuan Kaki Judi Ditahan Dalam Ops Dadu

Diterbitkan: 05 Dec 2017 1.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Kinabalu - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun antara 22 individu yang ditahan dalam Ops Dadu bagi memerangi kegiatan perjudian haram di daerah ini pada Sabtu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/remaja-perempuan-kaki-judi-ditahan-dalam-ops-dadu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:50 MYT


Kota Kinabalu - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun antara 22 individu yang ditahan dalam Ops Dadu bagi memerangi kegiatan perjudian haram di daerah ini pada Sabtu lalu.

Dalam operasi bermula pukul 5 petang itu, polis turut membongkar taktik sembilan pusat judi nombor ekor yang beroperasi di sebalik perniagaan kedai runcit.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, hasil maklumat dan risikan yang dilakukan pihaknya berjaya melumpuhkan kegiatan perjudian loteri awam di kawasan Tanjung Aru, Karamunsing dan Inanam yang 'bersembunyi' di atas nama kedai runcit untuk menjual nombor ekor haram terbabit.

"Dalam serbuan tersebut, polis merampas wang tunai sebanyak RM8,676, mesin cetak, telefon bimbit dan 73 keping kertas yang tertera pelbagai nombor.

"Selain itu, 22 individu termasuk seorang remaja perempuan bawah umur dan seorang lelaki yang merupakan pekerja di pusat judi empat nombor ekor turut ditahan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini semalam.

Sumber: Kosmo

REMAJA-PEREMPUAN-KAKI-JUDI-DITAHAN-DALAM-OPS-DADU
ArtikelDiterbitkan 05 Dec 2017 1.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM