Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Sindiket Dadah Rampas Pil Khayal Bernilai Lebi

Published: 17 Jun 2014 5.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Serbuan itu dibuat selepas kita membuat intipan dan pemantauan berterusan berdasarkan maklumat yang disalurkan orang awam. Ketika serbuan dibuat, hanya suspek berada di rumah berkenaan dan hasil ujia..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-sindiket-dadah-rampas-pil-khayal-bernilai-lebi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:19 MYT

Teluk Intan, 14 Jun - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dipercayai bergerak aktif di beberapa bandar di Perak dengan penahanan seorang lelaki dan merampas pil khayal bernilai lebih RM500,000 di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata lelaki berusia 44 tahun itu juga seorang kontraktor ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Teluk Intan di sini pada 11.15 malam semalam.

"Dua paket plastik lutsinar yang berisi 200 biji pil khayal warna merah jambu, kuning dan hijau ditemui pada poket seluar lelaki berkenaan manakala satu kotak berwarna merah yang mengandungi 1,250 biji pil yang dipercayai erimin 5 ditemui dalam rumah yang disewa individu tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui empat paket plastik berisi 1,000 biji pil khayal dalam setiap bungkusan di dalam satu kotak berwarna hitam serta 30 paket kecil yang berisi 100 biji pil bagi setiap paket di dalam kabinet dapur rumah terbabit.

Katanya polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Camry, sebuah motosikal dan wang tunai berjumlah RM1,300.

"Serbuan itu dibuat selepas kita membuat intipan dan pemantauan berterusan berdasarkan maklumat yang disalurkan orang awam. Ketika serbuan dibuat, hanya suspek berada di rumah berkenaan dan hasil ujian awal air kencing mendapati dia positif dadah," katanya.

Goh berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mempunyai RM57,000 dalam dua akaun bank berbeza yang dipercayai hasil pengedaran pil khayal.

Beliau berkata siasatan mendapati kegiatan pengedaran pil khayal itu aktif sejak kebelakangan ini dipercayai untuk pasaran di beberapa pusat hiburan di Ipoh dan Manjung.

Lelaki itu juga mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah dihukum di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas serta dibuang daerah ke Melaka selain pernah menjalani rawatan pemulihan akhlak, katanya.

Beliau berkata kes berkenaan merupakan yang terbesar di daerah itu sejak beberapa tahun lepas dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM