Polis Tumpas Rangkaian Pengedaran Dadah Di Maran
MARAN - 10 Mei 2009.
Polis menumpaskan rangkaian sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah
ini dengan tertangkapnya lima orang, termasuk seorang wanita dalam tiga
operasi berasingan sejak 5 hingga 7 Mei lalu.
Operasi
tiga hari berturut-turut itu turut menyaksikan polis menemui 85 peket
serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin bernilai RM15,300.
Ketua
Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin,
berkata rampasan terbabit adalah yang terbesar setakat ini dalam tempoh
Januari hingga Mei tahun ini.
Semua dadah yang ditemui itu dipercayai dibawa masuk dari Kuala Lumpur untuk diedarkan kepada penagih dadah di daerah ini.
Turut
dirampas dalam ketiga-tiga operasi itu ialah sebuah motosikal, kereta
Proton Wira dan sebuah kereta Proton Waja yang digunakan oleh suspek
terbabit.