Geng Ipol Tewas
KUALA LUMPUR - 10 Mei 2009. Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun warga Indonesia, Geng Ipol setelah menembak mati lima lelaki warga Indonesia di Kampung Bahagia, Bukit Lagong, Sungai Buloh dekat sini hari ini.
Penjenayah
terbabit dipercayai terlibat dalam 20 kes samun di sekitar Gombak,
Sepang, Kajang, Kuala Selangor dan Sitiawan, Perak sejak enam bulan
lalu.
Ketua
Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua penjenayah
paling dikehendaki itu ditembak dalam kejadian pukul 6.15 petang, hasil
serbuan pihaknya di markas kumpulan itu yang terletak dalam sebuah
belukar.
Katanya,
sepasukan polis menyerbu sebuah pondok yang dijadikan markas kumpulan
penjenayah itu. Kedudukan pondok tersebut terpencil di atas sebuah
bukit, kira-kira 150 meter dari jalan yang menghubungkan kampung itu.
Menurut
beliau, selepas mengepung markas berkenaan, polis telah mengarahkan
kesemua penjenayah yang berada dalam pondok itu supaya menyerah diri.
Sebaliknya, penjenayah itu telah melepaskan tembakan ke arah pasukan
polis. Polis kemudian membalas tembakan kumpulan dan berjaya menembak
mati lima orang ahli kumpulan geng tersebut.
Polis
turut menemui beberapa bilah parang dan sepucuk pistol serta beberapa
butir peluru di dalam pondok itu. Modus operandi kumpulan samun ini
ialah memecah masuk rumah mangsa pada waktu awal pagi. Hasil pemeriksaan
terhadap mayat suspek, polis mendapati dua daripada mereka mempunyai
tatu di badan.