Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Rangkaian Pengedaran Dadah Di Maran

Published: 13 Jun 2014 12.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
MARAN - 10 Mei 2009. Polis menumpaskan rangkaian sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya lima orang, termasuk seorang wanita dalam tiga operasi berasingan sejak 5 hingga 7..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-rangkaian-pengedaran-dadah-di-maran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:41 MYT

MARAN  - 10 Mei 2009. Polis menumpaskan rangkaian sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya lima orang, termasuk seorang wanita dalam tiga operasi berasingan sejak 5 hingga 7 Mei lalu.

Operasi tiga hari berturut-turut itu turut menyaksikan polis menemui 85 peket serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin bernilai RM15,300.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata rampasan terbabit adalah yang terbesar setakat ini dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Semua dadah yang ditemui itu dipercayai dibawa masuk dari Kuala Lumpur untuk diedarkan kepada penagih dadah di daerah ini.

Turut dirampas dalam ketiga-tiga operasi itu ialah sebuah motosikal, kereta Proton Wira dan sebuah kereta Proton Waja yang digunakan oleh suspek terbabit.

ArticlePublished 13 Jun 2014 12.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM