Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas Kegiatan Sindiket Memproses Dadah Jenis Syabu

Diterbitkan: 17 Jun 2014 12.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
"Usaha Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan lain-lain agensi Penguatkuasaan Dadah negara bagi mengekang penyeludupan masuk dadah melalui lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan negara telah ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-kegiatan-sindiket-memproses-dadah-jenis-syabu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:52 MYT

"Usaha Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan lain-lain agensi Penguatkuasaan Dadah negara bagi mengekang penyeludupan masuk dadah melalui lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan negara telah mendorong sindiket dadah untuk beralih memproses dadah di dalam negara" ujar CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam kenyataan beliau pada pagi ini. 

Ini terbukti dengan kejayaan terbaru Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mematahkan kegiatan satu sindiket dadah warganegara asing menjalankan kegiatan memproses dadah jenis syabu di sebuah kediaman mewah di Changkat Kiara Bayu Dutamas Melor, Kuala Lumpur yang dijadikan makmal haram memproses dadah jenis syabu di mana tiga warganegara Iran berjaya ditangkap. Sejumlah lebih kurang 7 kg dadah syabu berbentuk kristal, 13 kg cecair syabu, pelbagai bahan kimia seperti acetone termasuk peralatan-peralatan memproses dadah turut dirampas. Manakala, lebih kurang 25 kg dadah prekursor syabu telah berjaya dirampas oleh pihak polis dari sebuah kediaman salah seorang yang ditangkap. Nilai dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM4 juta.


Polis Tumpas Kegiatan Sindiket Memproses Dadah Jenis Syabu
Polis Tumpas Kegiatan Sindiket Memproses Dadah Jenis Syabu
Polis Tumpas Kegiatan Sindiket Memproses Dadah Jenis Syabu
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menunjukkan dadah yang dirampas dan peralatan-peralatan memproses dadah.

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 12.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM