Kejayaan Pasukan Gerakan Marin Dalam Mencegah Isu Penyeludup
Bukit
Aman - Pasukan Polis Marin Johor berjaya mematahkan satu sindiket
pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran dengan tertangkapnya
seramai 6 orang warga Pakistan dan 7 orang warga Indonesia yang tidak
mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah. Mereka yang sedang
bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Muhibah, Tanjung Serindit, Kota
Tinggi Johor, berjaya ditangkap pada awal pagi semalam. Hasil
soal siasat kesemua mereka mengaku mahu meninggalkan negara ini secara
haram untuk ke Indonesia melalui laluan yang tidak diwartakan. Kesemua
mereka ditangkap dibawah Akta anti pemerdangangan manusia dan anti
penyeludupan migran 2007.
Sementara
itu, pada 10 Febuari 2012, Pasukan Polis Marin Sabah sekali lagi
berjaya menghalang 38 orang warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen
perjalanan yang sah cuba menyeludup masuk ke Bandar Tawau menggunakan
Feri KM Purnama Ekspress 1 yang tiba dari Nunukan Indonesia. Kesemua 38
orang warga Indonesia tersebut telah diusir kembali ke negara asal
mereka setelah diambil data keterangan diri mereka dan tiada tangkapan
dibuat.

Antara warga asing yang ditahan.