Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas Kegiatan Satu Sindiket Memproses Dadah Jenis Syabu

Diterbitkan: 11 Jun 2014 9.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
13 Februari, Bukit Aman - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) semalam telah berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang memproses dadah jenis syabu di sebuah kediaman mewah di Changka..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-kegiatan-satu-sindiket-memproses-dadah-jenis-syabu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:26 MYT
13 Februari, Bukit Aman - "Usaha Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan lain-lain agensi Penguatkuasaan Dadah negara bagi mengekang penyeludupan masuk dadah melalui lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan negara telah mendorong sindiket dadah untuk beralih memproses dadah di dalam negara" ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam kenyataan beliau pada pagi ini. 

Ini terbukti dengan kejayaan terbaru Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mematahkan kegiatan satu sindiket dadah warganegara asing menjalankan kegiatan memproses dadah jenis syabu di sebuah kediaman mewah di Changkat Kiara Bayu Dutamas Melor, Kuala Lumpur yang dijadikan makmal haram memproses dadah jenis syabu di mana tiga warganegara Iran berjaya ditangkap.

Sejumlah lebih kurang 7 kg dadah syabu berbentuk kristal, 13 kg cecair syabu, pelbagai bahan kimia seperti acetone termasuk peralatan-peralatan memproses dadah turut dirampas. Manakala, lebih kurang 25 kg dadah prekursor syabu telah berjaya dirampas oleh pihak polis dari sebuah kediaman salah seorang yang ditangkap. Nilai dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM4 juta.

Dalam operasi yang dijalankan serentak di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, seramai 7 ahli sindiket dadah telah berjaya diberkas yang terdiri daripada 4 warganegara Iran dan 3 warganegara tempatan yang berumur antara 22 hingga 51 tahun. Empat orang yang ditangkap dipercayai pernah ditahan di bawah undang-undang Pencegahan Akta Dadah Berbahaya(LLPK)1985 Dan Ordinan Darurat 1969. Kesemua tangkapan sedang disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit salah.

Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM ini merupakan hasil maklumat orang ramai termasuk kerjasama dengan Agensi Penguatkuasa Dadah luar negara sekaligus menggagalkan rancangan sindiket dadah asing untuk memproses dan membekalkan dadah jenis syabu bagi pasaran dalam negara, ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Polis Tumpas Kegiatan Satu Sindiket Memproses Dadah Jenis Syabu
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman semasa berucap di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.

Polis Tumpas Kegiatan Satu Sindiket Memproses Dadah Jenis Syabu
Polis Tumpas Kegiatan Satu Sindiket Memproses Dadah Jenis Syabu
Polis Tumpas Kegiatan Satu Sindiket Memproses Dadah Jenis SyabuPolis Tumpas Kegiatan Satu Sindiket Memproses Dadah Jenis Syabu
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menunjukkan dadah yang dirampas dan peralatan-peralatan memproses dadah.

Polis Tumpas Kegiatan Satu Sindiket Memproses Dadah Jenis Syabu
Antara wakil media yang hadir.

Wartawan & Jurufoto : Konst Santher Kumar A/L Sehgar
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 9.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM