Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penutupan Kursus Training Of Trainers Tot Pra Akrab Jurulatih Utama Pdrm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 9.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 31 orang pegawai kanan polis dan 21 orang kakitangan awam menyertai Kursus TOT(Training Of Trainers) Pra AKRAB Jurulatih Utama Polis Diraja Malaysia. Kursus selama 2 hari ini telah diadakan di..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penutupan-kursus-training-of-trainers-tot-pra-akrab-jurulatih-utama-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:12 MYT

Bukit Aman, 16 Februari 2012 (Khamis) - Seramai 31 orang pegawai kanan polis dan 21 orang pegawai awam menyertai Kursus TOT(Training Of Trainers) Pra AKRAB Jurulatih Utama Polis Diraja Malaysia. Kursus selama 2 hari ini telah diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Kesemua peserta terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Awam dari Bahagian Agama dan Kaunseling(BAKA) di setiap kontinjen.

Majlis perasmian penutupan kursus pada hari ini telah dirasmikan oleh YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia. Turut hadir di majlis penutupan ini ialah Y.Bhg Ustaz Che Alias bin Che Ismail, Ketua Penolong Pengarah Agama BAKA, Y.Bhg Dr. Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Psikologi BAKA, Y.Bhg En. Izuddin bin Maskhor, Pegawai Psikologi Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam serta peserta-peserta kursus.


Majlis Penutupan Kursus Training Of Trainers Tot Pra Akrab Jurulatih Utama Pdrm
Dari kiri, depan...Supt Norisah binti Abd Hamid, Superintenden Perhubungan Awam, YBhg Dr. Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Psikologi BAKA, YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia, Y.Bhg En. Izuddin bin Maskhor, Pegawai Psikologi Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam, Y.Bhg Ustaz Che Alias bin Che Ismail, Ketua Penolong Pengarah Agama BAKA. 

Majlis Penutupan Kursus Training Of Trainers Tot Pra Akrab Jurulatih Utama Pdrm
Bacaan doa oleh Y.Bhg Ustaz Fahrurradzi bin Sahibul Ghani

Majlis Penutupan Kursus Training Of Trainers Tot Pra Akrab Jurulatih Utama Pdrm
Ucapan serta penutupan kursus oleh YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia. 

Majlis Penutupan Kursus Training Of Trainers Tot Pra Akrab Jurulatih Utama Pdrm
YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Agama dan Kaunselin g(BAKA) PDRM menyampaikan cenderamata kenangan kepada Y.Bhg En. Izuddin bin Maskhor, Pegawai Psikologi Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Majlis Penutupan Kursus Training Of Trainers Tot Pra Akrab Jurulatih Utama Pdrm
Peserta kursus yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan pegawai awam.





Jurufoto & Wartawan   : Konst Raymond

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 9.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM