Kerjasama Dua Agensi Tekan Aspek Kesihatan Bersama
".... polis juga adalah manusia biasa
yang tidak terlepas daripada penyakit dan mudarat yang memerlukan
perhatian dan rawatan daripada pakar dan doktor, sama ada bagi penyakit acute atau chronic..." - YDH Ketua Polis Negara
Putrajaya, 14 Mei-
"PDRM telah mengorak langkah untuk memantapkan tahap kesihatan seluruh
warga PDRM melalui kolaborasi dengan Kementerian Kesihatan," jelas YDH
Tan Sri Ismail bin Haji Omar dalam ucapannya dalam Program Lawatan
Hospital Ketua Polis Negara Sempena Peringatan Hari Polis Ke-205 di
Hospital Putrajaya, hari ini.
Kenyataannya itu juga
adalah selaras dengan salah satu matlamat utama tema Sambutan Hari Polis
Ke-205 pada tahun ini; 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' yang turut
menekankan aspek kesihatan kepada seluruh warga PDRM dalam mengharungi
kehidupan dan penugasan seharian.
Memaksudkan
kenyataannya itu, aspek kesihatan juga tidak harus dipandang remeh
kerana kesihatan dan kepolisan adalah begitu sinonim memandangkan
kerjaya kepolisan dan penguatkuasaan undang-undang memerlukan kekuatan
fizikal dan mental yang seimbang.
Sebab itulah
di peringkat latihan asas sekalipun, seseorang anggota polis didedahkan
kepada keadaan yang lasak yang boleh membentuk kekuatan fizikal dan
mentalnya untuk menghadapi cabaran kerjaya serta inherent risks yang wujud dalam setiap penugasan yang bakal mereka tempohi.
Malah, faktor fizikal merupakan kriteria asas pemilihan - iaitu satu bona fide occupational qualification (BFOQ), iaitu pemilihan adalah berdasarkan kesesuaian yang telah ditetapkan.
Lawatan
pada pagi ini juga disertai oleh Persatuan Keluarga Polis atau PERKEP
yang memberi tumpuan khas mengenai kesejahteraan keluarga warga PDRM,
bukan sahaja dalam aspek kebajikan dan kesihatan, tetapi merangkumi
program-program berkaitan perkembangan institusi kekeluargaan warga
polis.
Lawatan yang diketuai oleh Y.Bhg Puan Sri
Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia ini turut
menyaksikan penyampaian sumbangan kepada pesakit-pesakit yang terdiri
daripada anggota dan keluarga-keluarga PDRM.
Turut
hadir pada hari ini, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua
Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah, Y.Bhg
Dr. Nora'i binti Mohd Said, Pengarah Hospital Putrajaya dan wakil-wakil
media.

Ketibaan YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA..

Ketibaan YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik...

YDH Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan..

ACP Abdul Razak bin Abdul Majid, Ketua Polis Daerah Putrajaya...

Ketibaan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara..

Ketibaan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara..

Antara yang hadir...

Bacaan doa memberkati majlis...

Ucapan daripada Y.Bhg Dr. Nora'i binti Mohd Said, Pengarah Hospital Putrajaya..

Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara...

Upacara penyampaian sumbangan dan cenderahati...

Upacara penyampaian sumbangan dan cenderahati...

Upacara penyampaian sumbangan dan cenderahati...

Nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat menutupi majlis...

Sidang Media bersama YDH Ketua Polis Negara...

Sekitar lawatan oleh YDH Ketua Polis Negara..

YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara turut meluangkan masa bersama pesakit..

Lawatan daripada YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik...

Lawatan daripada YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA...

Lawatan daripada YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA...

Sekitar lawatan oleh YDH Ketua Polis Negara..

Sekitar lawatan oleh YDH Ketua Polis Negara..

Sekitar lawatan oleh YDH Ketua Polis Negara..

Sekitar lawatan oleh Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia..

Gerai Pameran PDRM di ruang lobi Hospital Putrajaya...

Sesi bergambar kenangan...
Jurufoto: L/Kpl Aslam & L/Kpl Irfan Bujang
Wartawan: L/Kpl Irfan Bujang