Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Geng Syafiq Curi Kereta Mewah

Published: 23 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis melumpuhkan geng mencuri kereta mewah dikenali sebagai "Geng Syafiq" berikutan penahanan tujuh anggotanya termasuk tiga wanita, pada Rabu lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-geng-syafiq-curi-kereta-mewah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:29 MYT

Seremban, 23 Okt - Polis melumpuhkan geng mencuri kereta mewah dikenali sebagai "Geng Syafiq" berikutan penahanan tujuh anggotanya termasuk tiga wanita, pada Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Norazman Mohd Yusof berkata empat lelaki dan tiga wanita berusia 18 hingga 36 tahun itu ditahan di Kajang, Selangor.

"Polis merampas enam kenderaan dicuri iaitu sebuah kereta Wolkswagen Polo, dua BMW, dua Nissan dan sebuah Perodua Myvi bernilai RM800,000. Rampasan kereta itu dibuat di sekitar Selangor.

"Turut dirampas pelbagai peralatan pecah rumah seperti besi kru bar, spanar, parang dan sebagainya. Selain Negeri Sembilan, kereta ini dicuri di Johor, Melaka dan Selangor," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambah beliau semua suspek ditahan reman sehingga esok dan pihak polis akan memohon kepada mahkamah untuk menyambung reman.

Menurut ACP Norazman siasatan awal mendapati empat suspek lelaki mempunyai rekod jenayah dan dadah.

"Modus operandi kumpulan ini ialah memecah masuk mana-mana rumah yang dikenal pasti yang boleh dijadikan sasaran atau penghuni rumah tiada di rumah serta mencari kunci kereta sebelum melarikan kereta berkenaan. Kumpulan ini dipercayai baharu bergiat pada Ogos lepas.

"Kumpulan ini akan menjual kereta yang dicuri itu kepada individu dengan harga 10 peratus daripada nilai pasaran kereta tersebut," jelasnya.

- BERNAMA

ArticlePublished 23 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM