Op Pensura Pati Ditahan Pas Lawatan Tamat Tempoh
Sibu, 22 Okt 2015 : Pasukan Polis Marin (PPM) telah menahan tiga penumpang bot express warga Indonesia dalam Op Pensura, lebih kurang jam 9.00 pagi, di Ekpress Ceria, Vision Wharf Ekpress Daro, di sini semalam.
Menurut Komander PPM, ACP Kalai Chelvan, hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga warga Indonesia itu memiliki pas lawatan telah tamat tempoh dan tinggal di negara ini lebih daripada masa yang telah ditetapkan.
"Operasi ini melibatkan tiga anggota marin yang membuat rondaan di kawasan berkenaan dan warga Indonesia itu telah dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1963.