Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Geng Nose Aktif Samun Kedai Serbaneka

Published: 20 Aug 2014 11.15 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam, 20 Ogos - Polis menumpaskan "Geng Nose" yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun kedai serbaneka 24 jam sekitar Lembah Klang, dengan penahanan empat anggota geng itu dalam dua serbuan di Kampung Padang Jawa di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-geng-nose-aktif-samun-kedai-serbaneka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:25 MYT

Shah Alam, 20 Ogos - Polis menumpaskan "Geng Nose" yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun kedai serbaneka 24 jam sekitar Lembah Klang, dengan penahanan empat anggota geng itu dalam dua serbuan di Kampung Padang Jawa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias berkata siasatan terhadap suspek berumur antara 20 hingga 33 tahun itu mendapati mereka melakukan kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam sejak dua tahun lepas.

"Berikutan tangkapan tersebut, polis merampas beberapa barangan yang digunakan untuk menyamun seperti topi keledar, parang, dan jaket. 

"Kami masih menjejaki lagi empat orang anggota kumpulan "Geng Nose" yang masih bebas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, hari ini.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman lima hari bermula hari ini untuk siasatan

Sementara itu, dalam kes berasingan, Azisman berkata polis berjaya menyelesaikan 15 kes pecah rumah di sekitar Shah Alam apabila berjaya menahan seorang suspek berusia 30-an di Klang pada Isnin lepas. 

Katanya, suspek diberkas kira-kira pukul 1.30 tengah hari apabila ditahan ketika memandu sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan dan hasil soal siasat membawa kepada penemuan sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipercayai digunakan untuk melakukan kes pecah rumah. 

"Suspek juga membawa polis ke beberapa buah kedai pajak gadai di kawasan Klang yang dipercayai membeli kesemua barang curi daripada suspek," katanya.

Azisman berkata modus operandi suspek adalah bergerak secara bersendirian dan menyasarkan pangsapuri dan kondominium yang tidak berpenghuni bagi melakukan kegiatan pecah rumah. 

Katanya, suspek yang telah berumahtangga dan mempunyai dua rekod jenayah lampau dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah sejak lima tahun lepas. - BERNAMA
ArticlePublished 20 Aug 2014 11.15 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM