Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpas Geng Mat Shah Di Kulim

Published: 25 Apr 2016 1.53 PM Updated: 15 Aug 2026 7.29 PM
Kulim, 25 April 2016 - Polis daerah ini berjaya menumpaskan kumpulan pecah rumah dikenali sebagai "Geng Mat Shah" selepas tertangkapnya lima anggota kumpulan tersebut termasuk seorang wanita dalam operasi pada Khamis lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-geng-mat-shah-di-kulim
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:41 MYT
Kulim, 25 April 2016 - Polis daerah ini berjaya menumpaskan kumpulan pecah rumah dikenali sebagai "Geng Mat Shah" selepas tertangkapnya lima anggota kumpulan tersebut termasuk seorang wanita dalam operasi pada Khamis lepas. 

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad berkata ekoran tertangkapnya mereka di sebuah rumah tumpangan di sini kira-kira pukul 1.00 pagi, pelbagai peralatan dan perkakasan elektrik bernilai RM100,000 berjaya ditemui semula.  

"Mereka yang ditahan berumur antara 20 hingga 39 tahun dan kesemuanya didapati positif dadah termasuk seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Katanya, dengan tertangkapnya kumpulan itu, sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah di daerah ini telah dapat diselesaikan.  

Beliau berkata antara perkakas elektrik yang ditemui semula itu adalah televisyen, pelbagai jenis telefon bimbit, komputer riba, penapis udara dan penapis air. 

"Kesemua mereka direman dari 22 hingga 27 April ini," katanya. - BERNAMA 
ArticlePublished 25 Apr 2016 1.53 PMUpdated 15 Aug 2026 7.29 PM