Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah Polis Rampas 5 1 Kg Dadah Bernilai Lebih Rm700 Ribu

Diterbitkan: 26 Apr 2016 6.53 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.29 PM
Kuala Lumpur, 26 April – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 5.1 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM765,000 dalam satu serbuan di Kota Damansara, Selangor, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-polis-rampas-5-1-kg-dadah-bernilai-lebih-rm700-ribu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:21 MYT
Oleh: Kpl Shareel & L/Kpl Irfan

Kuala Lumpur, 26 April – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 5.1 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM765,000 dalam satu serbuan di Kota Damansara, Selangor, semalam.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah menahan dua lelaki warganegara Nigeria dipercayai anggota sindiket dan turut merampas sebuah kereta milik suspek.

Pihak polis juga mempercayai sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah ini didalangi oleh sindiket warga Nigeria yang membawa masuk bekalan dadah ke negara ini dengan menggunakan perkhidmatan kargo laut.

Kedua-dua suspek yang berumur 26 dan 29 tahun itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


_MG_4710 copy
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Haris Wong bin Abdullah ketika sidang media.

_MG_4681 copy
Antara dadah yang dirampas..

_MG_4684 copy
Penghawa dingin mudah alih yang digunakan untuk menyembunyikan dadah.

_MG_4742 copy
CP Dato' Haris Wong bin Abdullah bersama pegawai penyiasat menunjukkan cara dadah disembunyikan.

ArtikelDiterbitkan 26 Apr 2016 6.53 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.29 PM