Polis Tumpas 5 Kes Penyeludupan Dan Pengedaran Dadah
LAGI
KEJAYAAN DICATAT OLEH JSJN : Dalam masa seminggu, sebanyak 5 kes
penyeludupan dan pengedaran dadah berjaya ditumpaskan oleh pihak polis
di mana 4 daripadanya melibatkan warganegara asing.
Pada
22 Februari lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Johor
telah merampas dadah jenis heroin seberat 2.3kg bernilai lebih kurang
RM85,000.00 dengan penangkapan empat lelaki yang terdiri daripada dua warga tempatan manakala dua lagi merupakan warganegara Myanmar.
Dalam
satu serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD
Miri, 23 Feb lalu, satu sindiket pengedaran dadah berjaya ditumpaskan
dan pihak polis merampas 5.13kg ganja, 7.17 gram syabu, 220 biji pil
ekstasi, 79 biji kapsul ekstasi, 5.84 gram serbuk ekstasi, 30.35 gram
candu masak dan 500 biji pil eramin 5.
Dalam
kes berasingan yang berlaku pada 23, 28 dan 29 Feb 2012, tiga suspek
warga Nigeria telah ditahan oleh pihak polis kerana didapati menyeludup
masuk dadah ke dalam negara dengan menelan kapsul dadah jenis syabu.
Bagi
kes yang berlaku pada 23 Feb lalu, sebanyak 3 ketulan dadah jenis syabu
seberat 51 gram berjaya dikeluarkan daripada perut suspek ketika
ditahan di wad Hospital Serdang.
Sebanyak
79 kapsul dadah jenis syabu seberat 1.14 kg pula berjaya dikeluarkan
daripada tubuh suspek yang ditahan bagi kes pada 28 Feb dengan anggaran
nilai pasaran RM 230,000.00 manakala sebanyak 34 kapsul dadah jenis
syabu seberat 562 gram berjaya dikeluarkan daripada tubuh suspek yang
ditahan pada 29 Feb dengan anggaran nilai pasaran RM 112,000.00.