Suspek Pecah Rumah Sekitar Kajang Tumpas
SUSPEK
PECAH RUMAH SEKITAR KAJANG TUMPAS : Lima lelaki berjaya ditahan dalam
serbuan oleh sepasukan polis dari IPD Kajang yang disyaki terlibat dalam
beberapa kejadian pecah rumah di kawasan Kajang, Selangor.
Dalam
serbuan tersebut, polis turut merampas beberapa peralatan yang
digunakan untuk memecah rumah seperti pemotong kunci mangga dan beberapa
kereta yang disyaki dicuri. Siasatan lanjut mendapati kesemua suspek
mempunyai rekod lampau.

Ketua Polis Daerah Kajang menunjukkan barangan yang dirampas.

Sebahagian peralatan yang dirampas daripada suspek.

Ketua Polis Daerah menunjukkan salah satu peralatan yang digunakan suspek untuk memecah masuk rumah mangsa.

Kenderaan yang dirampas semasa suspek ditahan.