Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Baling Molotov Cocktail Di Bangi

Published: 18 Mar 2016 9.17 AM Updated: 15 Aug 2026 7.30 PM
Kuala Lumpur, 18 Mac- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes rumah seorang Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat di Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, dibaling dengan tiga 'molotov cocktail' atau bom petrol, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tubuh-pasukan-khas-siasat-kes-baling-molotov-cocktail-di-bangi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:24 MYT

Kuala Lumpur, 18 Mac- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes rumah seorang Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat di Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, dibaling dengan tiga 'molotov cocktail' atau bom petrol, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata pasukan yang diketuai olehnya diwujudkan semalam bagi mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

"Pasukan itu berfungsi bagi menilai, mengumpul maklumat dan risikan serta melaporkan apa saja maklumat yang diperolehi.

"Ini termasuk melakukan intipan dan mengenal pasti suspek yang terlibat melakukan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis sedang menjalankan siasatan.

Semalam, dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun menyedari kejadian itu semasa keluar daripada rumahnya untuk ke pejabat dan menemukan tiga 'molotov cocktail' dengan dua daripadanya berada di tempat letak kereta manakala satu lagi di laman rumahnya.

Turut ditemukan tujuh butir peluru 9mm yang diletakkan di dalam plastik tidak jauh daripada kereta mangsa.- BERNAMA

ArticlePublished 18 Mar 2016 9.17 AMUpdated 15 Aug 2026 7.30 PM