Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Syabu 4 8kg Dirampas Tiga Lelaki Afrika Barat Ditahan

Diterbitkan: 18 Mar 2016 12.32 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.30 PM
Kuala Lumpur, 18 Mac 2016 - Taktik tiga anggota sindiket dadah antarabangsa menyembunyikan syabu seberat 4.8 kilogram dalam peralatan komputer, gagal mengaburi pihak berkuasa apabila ditahan dalam dua operasi di Nilai, Negeri Sembilan dan Klang, Selangor, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syabu-4-8kg-dirampas-tiga-lelaki-afrika-barat-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:17 MYT
Kuala Lumpur, 18 Mac 2016 - Taktik tiga anggota sindiket dadah antarabangsa menyembunyikan syabu seberat 4.8 kilogram dalam peralatan komputer, gagal mengaburi pihak berkuasa apabila ditahan dalam dua operasi di Nilai, Negeri Sembilan dan Klang, Selangor, semalam. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu menerusi akaun Twitternya berkata tiga lelaki warga Afrika Barat itu ditahan dalam operasi yang dijalankan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING). 

 "Syabas STING @PDRMsia semlm tkap (semalam tangkap) 3 org (orang) Warga Afrika Barat, rampas 4.8 kg Syabu, disorok dlm (dalam) alat computer (komputer) di Nilai dan Klang. #GoPDRMGo," kata Khalid menerusi Twitternya. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika dihubungi enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata satu sidang media akan diadakan pada Isnin depan. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 18 Mar 2016 12.32 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.30 PM