Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Trafik Nadi Hari Kebangsaan

Diterbitkan: 30 Aug 2016 4.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Di mata kasar, tugasan polis trafik nampak mudah. Namun, tanpa kelibat mereka, pasti kesesakan jalan tidak dapat dikawal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-trafik-nadi-hari-kebangsaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:44 MYT

Di mata kasar, tugasan polis trafik nampak mudah. Namun, tanpa kelibat mereka, pasti kesesakan jalan tidak dapat dikawal.

Pengalaman mereka masih ditagih lebih-lebih lagi dalam menyambut Hari Kebangsaan negara ke-59, beberapa penugasan penting dilakukan bagi memastikan kelancaran sambutan yang diadakan di Dataran Merdeka pagi 31 Ogos ini.

Di sebalik keghairahan rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan Ke-59 tahun di Dataran Merdeka, Rabu ini, ramai yang beranggapan tugas polis trafik hanya menjadi 'pak pacak' bagi kelancaran acara perarakan di ibu negara.

Namun, tidak ramai menyedari tugas berat digalas cabang utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, bukan sekadar memastikan semua program yang dirancang mengikut jadual bahkan keselamatan orang ramai terjamin.

Boleh dikatakan dari pagi hingga dinihari sebelum, semasa dan selepas sambutan, pasukan polis trafik di bawah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur memikul tanggungjawab yang cukup besar.

Bermula dari penutupan jalan, mengawal lalu lintas, mengiringi aset, tinjauan dari Menara Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad hinggalah susun atur kenderaan orang kenamaan, semuanya dilakukan bagi melicinkan pergerakan sambutan di Dataran Merdeka.

Jom ikuti penerangan lanjut Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkenaan penugasan penting wira dan wirawati jalan raya kebanggaan PDRM ini menjelang berlangsungnya Hari Kebangsaan negara ke-59 esok.

Sumber: Utusan Malaysia

Polis Trafik Nadi Hari Kebangsaan
ArtikelDiterbitkan 30 Aug 2016 4.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM