Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Bongkar Penjenayah Cipta Pistol Pen

Diterbitkan: 30 Aug 2016 3.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis membongkar kegiatan sekumpulan penjenayah yang mencipta senjata api dikenali sebagai 'pistol pen' hasil serbuan di dua rumah di sekitar Bahau dekat Jempol, Negeri Sembilan, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-bongkar-penjenayah-cipta-pistol-pen
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:54 MYT

Polis membongkar kegiatan sekumpulan penjenayah yang mencipta senjata api dikenali sebagai 'pistol pen' hasil serbuan di dua rumah di sekitar Bahau dekat Jempol, Negeri Sembilan, kelmarin.

Pistol pen menggunakan peluru 9 milimeter diimport dari negara jiran dan senjata terbabit digunakan untuk jenayah pecah rumah serta rompak.

Ketua Polis Daerah Jempol, SUPT. Noorzainy Mohd Noor berkata, kejayaan itu susulan penahanan sembilan suspek termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 30 tahun di sekitar bandar ini sejak 23 Ogos lalu hingga kelmarin.

Sumber: Harian Metro

Polis Bongkar Penjenayah Cipta Pistol Pen
ArtikelDiterbitkan 30 Aug 2016 3.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM