Artikel
Polis Tidak Akan Beri Permit Lulus Perhimpunan Bersih Timbalan Ketua Polis Negara
Pihak polis tidak akan memberikan sebarang permit untuk meluluskan Perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini atas faktor ancaman keselamatan dan k...
Cheras
, 15 Jun 2011 - Pihak polis tidak akan memberikan sebarang permit untuk
meluluskan Perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini atas
faktor ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.
Dalam satu sidang
media yang diadakan di Maktab PDRM Cheras pada hari ini, YDH Datuk Sri
Khalid bin Abu Bakar dalam kenyataannya berkata, pihak polis amat
khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan
aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada perhimpunan
itu.
Difahamkan,
sehingga kini sebanyak 418 laporan diterima daripada pelbagai pihak
termasuk peniaga, pengusaha kereta sewa dan pengusaha pelancongan yang
membantah perhimpunan itu diadakan.
Sehubungan itu,
penganjur yang mencadangkan supaya perhimpunan itu diadakan di sini
termasuk Sabah dan Sarawak diminta supaya membatalkannya kerana ia
mengancam keselamatan negara.
Beliau
turut mengingatkan kepada masyarakat supaya tidak turut serta dalam
perhimpunan tersebut dan pihak polis akan mengambil langkah-langkah
pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu.
Tambah beliau lagi,
polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat
kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk mengadakan
perhimpunan.
"Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya.

YDH Datuk Sri Khalid bin Abu Bakar semasa mengendalikan sidang media di Maktab PDRM Cheras pada hari ini.
Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : Kons. Raymond bin Martin
Penyunting : F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan

YDH Datuk Sri Khalid bin Abu Bakar semasa mengendalikan sidang media di Maktab PDRM Cheras pada hari ini.
Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : Kons. Raymond bin Martin
Penyunting : F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan