Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tidak Akan Beri Permit Lulus Perhimpunan Bersih Timbalan Ketua Polis Negara

Published: 11 Jun 2014 4.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pihak polis tidak akan memberikan sebarang permit untuk meluluskan Perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini atas faktor ancaman keselamatan dan ketenteraman awam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tidak-akan-beri-permit-lulus-perhimpunan-bersih-timbalan-ketua-polis-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:05 MYT
Cheras , 15 Jun 2011 - Pihak polis tidak akan memberikan sebarang permit untuk meluluskan Perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini atas faktor ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Maktab PDRM Cheras pada hari ini, YDH Datuk Sri Khalid bin Abu Bakar dalam kenyataannya berkata, pihak polis amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada perhimpunan itu.

Difahamkan, sehingga kini sebanyak 418 laporan diterima daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, pengusaha kereta sewa dan pengusaha pelancongan yang membantah perhimpunan itu diadakan.

Sehubungan itu, penganjur yang mencadangkan supaya perhimpunan itu diadakan di sini termasuk Sabah dan Sarawak diminta supaya membatalkannya kerana ia mengancam keselamatan negara.

Beliau turut mengingatkan kepada masyarakat supaya tidak turut serta dalam perhimpunan tersebut dan pihak polis akan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu.

Tambah beliau lagi, polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk mengadakan perhimpunan.

"Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya.

Polis Tidak Akan Beri Permit Lulus Perhimpunan Bersih Timbalan Ketua Polis Negara
YDH Datuk Sri Khalid bin Abu Bakar semasa mengendalikan sidang media di Maktab PDRM Cheras pada hari ini.

Wartawan      :    L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto       :    Kons. Raymond bin Martin
Penyunting    :    F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan
ArticlePublished 11 Jun 2014 4.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM