Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Terjun Sungai Tahan Tujuh Remaja

Published: 02 Oct 2014 12.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 2 Okt - Sembilan remaja bawah umur berusia antara 14 hingga 17 tahun yang menjalani hukuman pemulihan akhlak di Asrama Akhlak Silibin, di sini termasuk dua remaja yang terbabit dalam kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bertindak melarikan diri dari pusat terbabit, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terjun-sungai-tahan-tujuh-remaja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:45 MYT

Ipoh, 2 Okt - Sembilan remaja bawah umur berusia antara 14 hingga 17 tahun yang menjalani hukuman pemulihan akhlak di Asrama Akhlak Silibin, di sini termasuk dua remaja yang terbabit dalam kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bertindak melarikan diri dari pusat terbabit, semalam. 

Semua mereka bagaimanapun diberkas semula oleh polis dengan dua remaja ditahan di rumah keluarga mereka di Manjung dan tujuh lagi ditahan ketika berada di dalam sungai ketika cuba meloloskan diri.

Menurut seorang anggota polis yang menahan remaja terbabit, seramai enam anggota polis terjun ke dalam sungai kerana bimbang semua remaja terbabit mungkin lemas kerana air deras dan hujan.

“Kami terpaksa terjun ke sungai selepas melihat remaja berkenaan berenang menyeberanginya berikutan bimbang mereka akan lemas ekoran hujan yang mula turun.

“Susulan itu pihak pusat pemulihan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dimaklumkan mengenai penahanan mereka sebelum datang ke balai untuk membantu siasatan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Polis Terjun Sungai Tahan Tujuh Remaja
ArticlePublished 02 Oct 2014 12.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM