Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perhatian Dan Sokongan Moral Kepada Mereka Yang Memerlukan

Diterbitkan: 03 Oct 2014 2.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 2 Okt – Penghargaan dan terima kasih tidak putus diucapkan oleh Lans Koperal Zulizan Othman kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) yang datang melawat anaknya terlantar di hospital akibat apendiks pecah di dalam perut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhatian-dan-sokongan-moral-kepada-mereka-yang-memerlukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:30 MYT

Oleh : KPL Edwind Indo

Kuala Lumpur, 2 Okt – Penghargaan dan terima kasih tidak putus diucapkan oleh Lans Koperal Zulizan Othman kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) yang datang melawat anaknya terlantar di hospital akibat apendiks pecah di dalam perut.

Delegasi diketuai oleh Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU), YDH Dato’ Kamarulzaman Md Jan bersama pegawai dan anggota yang dalam rangka lawatan bagi program ke Hospital Sekitar Lembah Klang, semalam.

Adik Mohd Asri dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia 10 September lepas dan telah menjalani hampir tiga kali pembedahan akibat penyakit yang dialaminya.

Selain itu, delegasi turut melawat hospital Putrajaya, Serdang dan Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang menempatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ahli keluarga yang memerlukan rawatan susulan.

Lawatan tersebut bertujuan memberi sokongan moral disamping mendengar permasalahan yang dihadapi pesakit di kalangan warga PDRM sepanjang menerima rawatan sekaligus memberi peluang dan ruang kepada pesakit beramah mesra dengan pucuk pimpinan PDRM.

Perhatian Dan Sokongan Moral Kepada Mereka Yang Memerlukan
Taklimat sebelum memulakan program lawatan

Perhatian Dan Sokongan Moral Kepada Mereka Yang Memerlukan
YDH Dato' Kamarulzaman Md Jan bertanyakan keadaan adik Adik Mohd Asri

Perhatian Dan Sokongan Moral Kepada Mereka Yang Memerlukan
YDH Dato' Kamarulzaman Md Jan menyampaikan buah tangan kepada adik Adik Mohd Asri

Perhatian Dan Sokongan Moral Kepada Mereka Yang Memerlukan
YDH Dato' Kamarulzaman Md Jan bertanyakan khabar adik Muhammad Haziq Iskandar anak kepada Konst/S Jali 

Perhatian Dan Sokongan Moral Kepada Mereka Yang Memerlukan
YDH Dato' Kamarulzaman Md Jan menyampaikan buah tangan kepada adik Muhammad Haziq

Perhatian Dan Sokongan Moral Kepada Mereka Yang Memerlukan
Lawatan ke atas Dato' Mohd Yusof Said, Mantan Timbalan Pengarah I Jabatan KDN/KA di Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Cheras, semalam.



ArtikelDiterbitkan 03 Oct 2014 2.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM