Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Terengganu Tumpas Dua Sindiket Curi Motosikal

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA TERENGGANU, 24 Jan (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan kegiatan satu kumpulan curi motosikal yang dipercayai bergerak aktif di Terengganu dan Pahang sejak beberapa bulan lalu, selepas lapan l..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terengganu-tumpas-dua-sindiket-curi-motosikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:29 MYT

KUALA TERENGGANU, 24 Jan (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan kegiatan satu kumpulan curi motosikal yang dipercayai bergerak aktif di Terengganu dan Pahang sejak beberapa bulan lalu, selepas lapan lelaki kebanyakannya remaja, ditahan di Kemaman, tiga hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Md Jamil berkata, kesemua mereka yang berumur antara 17 dan 26 tahun itu ditahan di kawasan Geliga, Kemaman kira-kira pukul 3 petang hasil maklumat orang awam.

Beliau berkata polis turut menemui semula sebuah motosikal yang dipercayai dicuri, serta pelbagai komponen motosikal ekoran penahanan itu.

"Dengan penahanan mereka, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangny 10 kes kecurian motosikal di Kemaman serta Beserah, Pahang, dan polis masih berusaha mengesan beberapa lagi anggota kumpulan itu," katanya pada satu persidangan media di sini Isnin.

Sementara itu merujuk kepada penahanan empat lelaki berumur antara 18 dan 37 tahun dalam satu sekatan jalan raya semasa Ops Poket di Pasir Akar Hulu Terengganu ekoran penemuan tiga laras senapang angin dan 275 bebola Sabtu lepas, Hamzah berkata seorang petani berumur 38 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Permaisuri, Setiu, semalam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki yang berumur 38 tahun itu bertanggungjawab membuat senapang angin berkenaan, dan dia sedang disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM