Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Rampas Dadah Dipercayai H
ALOR
SETAR, 24 Jan (Bernama) -- Polis menahan sepasang suami isteri dan
merampas dadah disyaki heroin bernilai kira-kira RM31,100 dalam satu
operasi di Gurun dekat sini, Sabtu lepas.
Timbalan
Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata ia bermula dengan
tangkapan seorang lelaki berumur 35 tahun yang sedang duduk di atas
sebuah motosikal di sekitar Plaza Tol Gurun oleh satu pasukan dari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen Kedah pada
kira-kira pukul 3 petang.
Beliau
berkata selepas diperiksa polis menemui sarung plastik biskut yang di
dalamnya terdapat dua plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan
disyaki dadah jenis heroin seberat 910 gram yang dianggar bernilai
RM30,000.
"Polis
kemudiannya memeriksa rumah suspek di Kepala Bukit, Gurun dan menjumpai
sembilan ketulan kecil mampat mengandungi dadah disyaki heroin dengan
anggaran berat 24.2 gram bernilai kira-kira RM1,100. Isteri suspek
berumur 26 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya.
Katanya
lelaki yang baru berkahwin minggu lepas lepas itu didapati mempunyai
rekod jenayah lampau, pernah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952
pada tahun 2002 dan tahun lepas, manakala isterinya merupakan salah
seorang Orang Kena Pengawasan (OKP) kerana pernah ditahan mengikut
Seksyen 15(1)(a) akta yang sama pada tahun 2007.