Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Terengganu Gempur Makmal Dadah Di Kebun Pisang

Published: 13 Jun 2014 12.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Terengganu, 13 Mei - Polis menahan seorang usahawan tani yang cuba mencipta sejenis dadah baru dengan menggunakan campuran dadah jenis ketamin dan pil kuda dalam satu serbuan di 'makmal dadah' d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terengganu-gempur-makmal-dadah-di-kebun-pisang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:29 MYT

Kuala Terengganu, 13 Mei - Polis menahan seorang usahawan tani yang cuba mencipta sejenis dadah baru dengan menggunakan campuran dadah jenis ketamin dan pil kuda dalam satu serbuan di 'makmal dadah' di sebuah kebun pisang di Kampung Gemuruh, Tepoh di sini Selasa malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu Supt Roslan Abdul Wahid berkata dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 malam itu, polis menahan usahawan berusia 35 tahun itu bersama tujuh pekerjanya yang berusia 26 hingga 39 tahun selain merampas dadah jenis ketamin dan pil kuda yang dianggarkan bernilai RM20,000 serta selaras senapang angin bersama 85 peluru bebola besi.

Beliau berkata penemuan makmal dadah yang berbentuk makmal dapur dalam kabinet kayu di sebuah pondok rehat dalam kebun pisang seluas 13 hektar itu sendiri mengejutkan pihak polis dan ia merupakan yang pertama di negeri ini.

Dalam serbuan berasingan malam tadi, polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis ganja di daerah Dungun yang didalangi oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu kren.

Lelaki tempatan yang berumur 28 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Nibong Stesen Kampung Padang Jambu, Dungun kira-kira pukul 10 malam tadi hasil operasi sepadu yang melibatkan anggota dan pegawai daripada JSJN dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dungun.

Dalam serbuan itu, Roslan berkata polis menemui dua ketulan yang bahan tumbuhan kuning dibalut dengan kertas timah yang dipercayai ganja seberat 51 gram.

ArticlePublished 13 Jun 2014 12.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM