Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Terengganu Bantu Balu Pesara Sepanjang Ramadan

Published: 13 Jun 2016 4.49 AM Updated: 15 Aug 2026 7.26 PM
Kuala Terengganu, 13 Jun - Polis Terengganu merancang membantu meringankan beban golongan balu dan pesara anggota polis di pelbagai daerah sepanjang Ramadan ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terengganu-bantu-balu-pesara-sepanjang-ramadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:53 MYT


Kuala Terengganu, 13 Jun - Polis Terengganu merancang membantu meringankan beban golongan balu dan pesara anggota polis di pelbagai daerah sepanjang Ramadan ini.

Ketua Polis Terengganu, Dato’ Rosli Ab Rahman berkata sebelum ini pihaknya memberi fokus kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak yatim namun setelah mengambil kira keadaan semasa, beliau berhasrat memperluaskannya kepada golongan lain.

"Setiap tahun kita akan menyampaikan bantuan dan meraikan mereka dalam majlis berbuka puasa walaupun kami sibuk bertugas demi menjaga keselamatan namun kami tetap tidak lupa bagi membantu dan meringankan mereka yang memerlukan.

"Selain anak yatim dan OKU, kita juga akan membantu golongan pesara dan balu polis. Ia sedikit sebanyak dapat membantu meringan beban yang ditanggung mereka," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga polis di sini malam tadi.

Rosli berkata bantuan yang dihulurkan adalah sumbangan daripada pegawai dan anggota polis di seluruh negeri ini.

Pada majlis berkenaan seramai 30 anak yatim dari dari Darul Akhyar, Batu Rakit dan 10 OKU yang terdiri daripada anak anggota diraikan pada majlis berbuka puasa bersama warga Polis Terengganu.

Menurut Rosli program sedemikian mampu mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat selari dengan konsep polis bersama masyarakat.

- BERNAMA

ArticlePublished 13 Jun 2016 4.49 AMUpdated 15 Aug 2026 7.26 PM