Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jangan Beli Mercun Dalam Talian

Diterbitkan: 13 Jun 2016 4.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.26 PM
Kuala Lumpur, 13 Jun - Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang dijual secara dalam talian kerana penjualannya tidak dibenarkan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jangan-beli-mercun-dalam-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:59 MYT


Kuala Lumpur, 13 Jun - Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang dijual secara dalam talian kerana penjualannya tidak dibenarkan.

“Individu yang menjualnya lebih-lebih sempena hari raya ini boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata penjualannya adalah haram dan merupakan satu kesalahan.

"Namun setakat ini pihak polis masih belum menerima aduan mengenai penjualan mercun secara online, sekiranya ada kami akan mengambil tindakan undang-undang.

"Saya berharap pihak penghantaran seperti Pos Laju dan syarikat penghantar barangan memberi kerjasama dengan polis dalam membanteras perbuatan ini termasuk penyeludupan mercun secara haram," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penyimpanan dan penghantaran mercun-mercun itu juga boleh mendatangkan bahaya kepada pejabat dan petugas yang berkhidmat di syarikat penghantaran.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) ketika dihubungi berkata pihaknya akan memberi bantuan teknikal kepada polis dalam kes penjualan mercun menerusi dalam talian sekiranya perlu.

Menurutnya antara bantuan yang boleh diberikan ialah mengenal pasti suspek, kepakaran forensik dan jika perlu menyekat laman sesawang berkenaan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2016 4.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.26 PM