Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Temerloh Tumpaskan Sindiket Curi Kenderaan

Published: 17 Jun 2014 1.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Temerloh percaya mereka menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan yang dipercayai aktif di Pahang dan kawasan Lembah Klang sejak tiga bulan lepas berikutan penangkapan lima anggotanya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-temerloh-tumpaskan-sindiket-curi-kenderaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:48 MYT
TEMERLOH, 27 Ogos (Bernama) -- Polis Temerloh percaya mereka menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan yang dipercayai aktif di Pahang dan kawasan Lembah Klang sejak tiga bulan lepas berikutan penangkapan lima anggotanya.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, anggota-anggota sindiket yang berumur antara 24 hingga 36 tahun ditangkap dalam dua serbuan di Mentakab dan Kuala Lumpur pada 28 Julai lepas.

"Pihak polis masih memburu ketua sindiket itu yang dikenali sebagai "Odi" atau nama sebenarnya Norin Azlan Deraman, 36, beralamat terakhir di A-6-10 Cheras Ria Apartment Kampung Baru Cheras," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

"Pada 28 Julai lepas, Polis Temerloh telah menahan lima anggota kumpulan itu dan hasil tangkapan itu dan siasatan yang dilakukan, polis berjaya menemui sembilan kenderaan curi, dua pada hari tangkapan suspek terbabit dan tujuh lagi pada dua hari lepas yang ditemui disimpan di sebuah rumah di Mentakab," katanya.

Antara kenderaan yang ditemui ialah pacuan empat roda, lori dan kereta.
ArticlePublished 17 Jun 2014 1.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM