Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Pulau Pinang Tahan Lelaki Aktif Samun Di Pulau Pinang

Diterbitkan: 17 Jun 2014 1.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki yang amat dikehendaki polis kerana aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Melaka..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pulau-pinang-tahan-lelaki-aktif-samun-di-pulau-pinang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:52 MYT
KEPALA BATAS, 30 Ogos (Bernama) -- Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki yang amat dikehendaki polis kerana aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Melaka.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berusia 37 tahun dan berasal dari Sekinchan, Selangor itu ditahan pada 24 Ogos selepas menyamun sebuah rumah yang didiami tiga lelaki warga asing di Taman Bayu Mutiara, Bukit Tengah dekat sini.

Beliau berkata dalam kejadian pada 8 pagi itu, lelaki berkenaan masuk ke rumah tiga mangsa yang bekerja sebagai tukang masak sebuah restoran Jepun di Juru dan mengarahkan mereka mengikat tangan sendiri dengan menggunakan 'cable tie'.

Bagaimanapun dua lelaki Nepal dan seorang Myanmar itu bertindak melawan dan berlaku pergelutan sehingga suspek melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai sesiapa.

Mereka berjaya menahan suspek dengan mengikatnya serta merampas pistol daripadanya, kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 1.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM