Artikel
Polis Temerloh Tumpaskan Sindiket Curi Kenderaan
Polis Temerloh percaya mereka menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan yang dipercayai aktif di Pahang dan kawasan Lembah Klang sejak tiga bulan lepas berik...
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, anggota-anggota sindiket yang berumur antara 24 hingga 36 tahun ditangkap dalam dua serbuan di Mentakab dan Kuala Lumpur pada 28 Julai lepas.
"Pihak polis masih memburu ketua sindiket itu yang dikenali sebagai "Odi" atau nama sebenarnya Norin Azlan Deraman, 36, beralamat terakhir di A-6-10 Cheras Ria Apartment Kampung Baru Cheras," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
"Pada 28 Julai lepas, Polis Temerloh telah menahan lima anggota kumpulan itu dan hasil tangkapan itu dan siasatan yang dilakukan, polis berjaya menemui sembilan kenderaan curi, dua pada hari tangkapan suspek terbabit dan tujuh lagi pada dua hari lepas yang ditemui disimpan di sebuah rumah di Mentakab," katanya.
Antara kenderaan yang ditemui ialah pacuan empat roda, lori dan kereta.