Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tembak Tayar Kereta Tahan Dua Suspek Kes Dadah

Published: 03 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis terpaksa menembak tayar kereta sebelum menahan dua suspek yang cuba melarikan diri ketika ditahan di hadapan sebuah bank di Bandar Kim Fung Batu 4, dekat sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tembak-tayar-kereta-tahan-dua-suspek-kes-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:41 MYT

Sandakan, 3 Nov - Polis terpaksa menembak tayar kereta sebelum menahan dua suspek yang cuba melarikan diri ketika ditahan di hadapan sebuah bank di Bandar Kim Fung Batu 4, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata, satu das tembakan dilepaskan ke arah tayar selepas pemandu kereta jenis Proton Saga berwarna hitam itu merempuh beberapa kenderaaan yang diletakkan di kawasan parkir sebelum cuba
melanggar anggota polis.

Katanya, seorang lelaki iaitu pemandu kereta dan seorang wanita yang kedua-duanya dalam lingkungan 20-an berjaya ditahan.

Polis turut menemui satu paket plastik mengandungi ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu di dalam kereta itu, katanya di sini.

Zabidi berkata, siasatan mendapati lelaki dan wanita itu pernah ditahan sebelum ini atas kes dadah.

Beliau berkata, ujian awal air kencing lelaki dan wanita itu didapati positif dadah jenis syabu.

Menurut Zabidi, sebelum itu pada kira-kira pukul 12 tengah hari, sepasukan polis cawangan narkotik melakukan risikan dan pencegahan jenayah di Bandar Letat Jaya di Batu 3.

Katanya, ketika hendak memeriksa kereta Proton Saga itu, pemandu kereta berkenaan bertindak memecut untuk melarikan diri sehingga memaksa polis menembak tayar kenderaan itu bagi menghentikannya.

- BERNAMA

ArticlePublished 03 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM