Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tembak Ketua Penjenayah

Published: 13 Jun 2014 2.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui pistol jenis separa automatik dan beberapa butir peluru dalam kereta dan beg pinggang suspek..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tembak-ketua-penjenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:42 MYT

BUKIT MERTAJAM 13 Januari 2010. – Selepas bermaharajalela dalam 16 kes jenayah kekerasan, seorang lelaki dipercayai ketua sebuah kumpulan yang paling dikehendaki polis, maut ditembak di Taman Permata dekat sini hari ini.

Suspek berusia 44 tahun dan berasal dari Berapit, dikatakan terlibat dalam beberapa kes jenayah menggunakan senjata api dan ugutan di sekitar negeri ini.

Malah, pada awal pagi ini suspek turut terlibat dalam cubaan samun sebuah kedai ikan hiasan di Sungai Rambai dan turut melepaskan dua das tembakan ke arah kedai itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Wira Ayub bin Yaakob berkata, suspek ditembak kira-kira pukul 6.05 petang oleh sepasukan anggota polis yang mengesannya di sebuah kawasan kedai di taman tersebut.

“Suspek cuba melarikan diri dengan memandu sebuah kereta Proton Waja yang menggunakan nombor pendaftaran palsu namun terlanggar seorang penunggang basikal sebelum merempuh kereta yang dinaiki anggota polis. Dia kemudian keluar dari kereta dan melepaskan lima das tembakan ke arah polis. Polis terpaksa membalas tembakan itu yang kemudiannya mengenai mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tambahnya, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui pistol jenis separa automatik dan beberapa butir peluru dalam kereta dan beg pinggang suspek.

Polis turut menemui dokumen milik seorang wanita warga Thailand yang mati ditembak polis tahun lalu yang dipercayai teman wanita suspek di dalam kereta terbabit.

ArticlePublished 13 Jun 2014 2.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM