Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tekad Kurangkan Kadar Kemalangan

Diterbitkan: 30 Jan 2015 9.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
POLIS TEKAD KURANGKAN KADAR KEMALANGAN Bukit Aman, 30 Januari – “Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan lagi usaha bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya pada tahun ini” tegas Ketua Trafik Pasukan, SAC Dato’ Fuad Abdul Latiff dalam sesi bersama media di bilik mesyuarat, tingkat 21 Cawangan Trafik Bukit Aman, petang tadi. Dalam kenyataan beliau berkenaan kejayaan Cawangan Trafik sepanjang tahun lepas, P
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tekad-kurangkan-kadar-kemalangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:05 MYT

POLIS TEKAD KURANGKAN KADAR KEMALANGAN

Bukit Aman, 30 Januari – “Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan lagi usaha bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya pada tahun ini” tegas Ketua Trafik Pasukan, SAC Dato’ Fuad Abdul Latiff dalam sesi bersama media di bilik mesyuarat, tingkat 21 Cawangan Trafik Bukit Aman, petang tadi.

Dalam kenyataan beliau berkenaan kejayaan Cawangan Trafik sepanjang tahun lepas, PDRM telah berjaya menurunkan kadar kemalangan sebanyak 0.2% iaitu daripada 477,204 kemalangan pada tahun 2013 kepada 476,196 pada tahun 2014 manakala penurunan kemalangan maut sebanyak 1.9% iaitu daripada 6,308 pada tahun 2013 kepada 6,187 pada tahun 2014.

Katanya, sebanyak 5.1 juta saman dikeluarkan sepanjang 2014 yang mana hanya 1.7 juta dilunaskan pengguna jalan raya

Mengulas kenyataannya itu, sejumlah besar kemalangan ini adalah berpunca daripada sikap pemandu sendiri yang terlalu mengikut perasaan dan bersikap agresif semasa memandu 

GAMBAS SIDANG MEDIA.
Polis Tekad Kurangkan Kadar Kemalangan
Polis Tekad Kurangkan Kadar Kemalangan
Polis Tekad Kurangkan Kadar Kemalangan

ArtikelDiterbitkan 30 Jan 2015 9.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM