Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

28 Gro Wanita Vietnam Ditahan

Diterbitkan: 30 Jan 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 28 wanita warga Vietnam dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Gopeng di sini, awal pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/28-gro-wanita-vietnam-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:55 MYT

Klang: Seramai 28 wanita warga Vietnam dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Gopeng di sini, awal pagi ini. 

Serbuan yang melibatkan 12 orang anggota termasuk dua pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu dijalankan kira-kira pukul 1.30 pagi ketika para pelanggan pusat hiburan berkenaan sedang leka berhibur. 

Ketua Operasi D7, Superintenden Razali Abu Samah berkata, kesemua wanita warga asing yang ditahan berusia di antara 20 hingga 30 tahun manakala seorang lelaki berumur 42 tahun yang dipercayai sebagai pengurus premis berkenaan turut ditahan dalam serbuan yang berakhir pada pukul 3 pagi.

"Berdasarkan siasatan awal, premis hiburan ini beroperasi pada pukul 5 petang hingga pukul 2 pagi. Premis ini mempunyai lesen yang sah tetapi dikesan menyediakan perkhidmatan GRO warga asing dan dipercayai menawarkan khidmat seks katanya di sini hari ini. 

Tambah Razali, selain penahanan kesemua wanita Vietnem itu, pihaknya turut menyelamatkan tiga wanita warganegara itu yang disyaki menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks. 

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 mengambil pekerja asing secara tidak sah, Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, melanggar syarat pas yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dan Seksyen 6(i)(c) akta yang sama kerana memasuki negara ini tanpa permit yang sah serta Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Sumber: Utusan Malaysia

28 Gro Wanita Vietnam Ditahan

ArtikelDiterbitkan 30 Jan 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM