Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tawau Tahan Tiga Lelaki Suspek Kes Ragut

Published: 18 Jun 2014 3.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Tawau, 10 Nov - Pasukan polis peronda berjaya menahan sekumpulan tiga lelaki ketika cuba meragut telefon bimbit milik seorang ahli perniagaan warga China berdekatan bangunan Mahkamah Tinggi Tawau, kir..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tawau-tahan-tiga-lelaki-suspek-kes-ragut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:05 MYT

Tawau, 10 Nov - Pasukan polis peronda berjaya menahan sekumpulan tiga lelaki ketika cuba meragut telefon bimbit milik seorang ahli perniagaan warga China berdekatan bangunan Mahkamah Tinggi Tawau, kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dulahha berkata kejadian itu berlaku kebetulan ketika sepasukan polis peronda lalu di kawasan itu.

Kumpulan peragut itu lantas cuba melarikan diri selepas merampas telefon bimbit milik ahli perniagaan berusia 54 tahun itu.

"Ketika ahli perniagaan itu mengejar lelaki (peragut) berkenaan yang melarikan telefon bimbitnya, sebuah kereta datang untuk mengambil lelaki itu dan pasukan peronda tiba, lalu menahan kesemua suspek," katanya.

Awang Besar berkata tiga lelaki berusia dalam lingkungan 21 hingga 22 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM