Polis Tawau Tahan Tiga Lelaki Suspek Kes Ragut
Tawau,
10 Nov - Pasukan polis peronda berjaya menahan sekumpulan tiga lelaki
ketika cuba meragut telefon bimbit milik seorang ahli perniagaan warga
China berdekatan bangunan Mahkamah Tinggi Tawau, kira-kira pukul 3.30
pagi tadi.
Ketua
Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dulahha berkata kejadian itu
berlaku kebetulan ketika sepasukan polis peronda lalu di kawasan itu.
Kumpulan peragut itu lantas cuba melarikan diri selepas merampas telefon bimbit milik ahli perniagaan berusia 54 tahun itu.
"Ketika
ahli perniagaan itu mengejar lelaki (peragut) berkenaan yang melarikan
telefon bimbitnya, sebuah kereta datang untuk mengambil lelaki itu dan
pasukan peronda tiba, lalu menahan kesemua suspek," katanya.
Awang Besar berkata tiga lelaki berusia dalam lingkungan 21 hingga 22 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber : BERNAMA