Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tawau Berkas 20 Individu Warga Asing Atas Pelbagai Ke

Published: 18 Jun 2014 12.35 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Tawau, 28 Ogos - Polis memberkas 20 individu atas pelbagai kesalahan termasuk 16 warga asing yang disyaki melanggar Akta Imigresen dalam Operasi Cegah Jenayah Bersepadu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tawau-berkas-20-individu-warga-asing-atas-pelbagai-ke
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:03 MYT

Tawau, 28 Ogos - Polis memberkas 20 individu atas pelbagai kesalahan termasuk 16 warga asing yang disyaki melanggar Akta Imigresen dalam Operasi Cegah Jenayah Bersepadu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kesemua yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 76 individu berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun yang diperiksa dalam operasi tiga jam, bermula 5.30 pagi.

"Enam belas orang ditahan mengikut Akta Imigresen dengan 11 daripadanya adalah wanita warganegara Filipina manakala selebihnya warganegara Indonesia," katanya.

Dalam operasi di Kampung Kampung Jati, Kampung Belacan, Kampung Pisang dan Batu 4 Jalan Apas, tiga orang ditahan kerana disyaki memiliki dokumen pengenalan diri palsu manakala seorang lagi ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya.

Awang Besar berkata operasi itu yang disertai enam pegawai dan 36 anggota polis, termasuk 10 anggota dari Pasukan Gerakan Am, enam pegawai Imigresen dan dua pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, memeriksa 28 buah rumah. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.35 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM