Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tamatkan Drama Penculikan

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
POLIS TAMATKAN DRAMA PENCULIKAN: Pada 28 November lalu, pihak polis telah menerima laporan mengenai satu kejadian culik seorang lelaki berumur 23 tahun untuk dijadikan tebusan di Bukit Selambau, Sunga..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tamatkan-drama-penculikan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:04 MYT
POLIS TAMATKAN DRAMA PENCULIKAN: Pada 28 November lalu, pihak polis telah menerima laporan mengenai satu kejadian culik seorang lelaki berumur 23 tahun untuk dijadikan tebusan di Bukit Selambau, Sungai Petani.

Penculik menuntut sebanyak RM500,000 bagi membebaskan mangsa. Ekoran laporan tersebut, pihak polis telah menjalankan gerakan khas bagi menjejaki dan mengesan penculik .

Usaha menjejaki berhasil pada 3 Disember lalu apabila pasukan khas berjaya mengesan dan mengepung kawasan hutan Sungai Sejuk, Batu 3, Lintang, Sg. Siput, Perak. Dalam insiden tembak menembak, ketiga-tiga penjenayah yang berumur 25 hingga 30 tahun berjaya ditumpaskan dan mangsa culik berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Siput bagi menerima rawatan.

Polis Tamatkan Drama Penculikan
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM