Penculik menuntut sebanyak RM500,000 bagi membebaskan mangsa. Ekoran laporan tersebut, pihak polis telah menjalankan gerakan khas bagi menjejaki dan mengesan penculik .
Usaha menjejaki berhasil pada 3 Disember lalu apabila pasukan khas berjaya mengesan dan mengepung kawasan hutan Sungai Sejuk, Batu 3, Lintang, Sg. Siput, Perak. Dalam insiden tembak menembak, ketiga-tiga penjenayah yang berumur 25 hingga 30 tahun berjaya ditumpaskan dan mangsa culik berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Siput bagi menerima rawatan.
.jpg)