Polis Taiping Rampas 930 Gram Heroin Dari Dua Kelindan Lori
TAIPING,
1 Okt (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki berusia 24 dan 27 tahun dan
merampas dadah jenis heroin seberat 930 gram bernilai RM50,000 di
sebuah rumah di Taman Tekah di sini Khamis.
Ketua
Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah berkata kedua-dua lelaki itu
yang bekerja sebagai kelindan lori ditahan pada 1.00 tengah hari.
Polis turut merampas wang tunai RM4,368, tiga telefon bimbit, alat penimbang, alat pengering, barang kemas dan beberapa kad ATM.
Yusof
berkata polis turut menyita sebuah kereta Perodua Myvi dan tiga buah
motosikal yang nilai keseluruhannya berjumlah RM57,000.
Kedua-dua
lelaki berkenaan didapati melakukan kerja membungkus dadah tersebut
sebelum diedarkan kepada pembeli di sekitar Taiping dan kawasan
berhampiran.
Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat.