Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Warga Taiwan Rampas Dadah Bernilai Rm7 1 Juta

Diterbitkan: 16 Jun 2014 5.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
SHAH ALAM, 4 Mei (Bernama) -- Polis menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah jenis Eramin 5 selepas menahan dua orang termasuk seorang rakyat Taiwan dan merampas dadah bernilai RM7.1 jut..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-warga-taiwan-rampas-dadah-bernilai-rm7-1-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:11 MYT

SHAH ALAM, 4 Mei (Bernama) -- Polis menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah jenis Eramin 5 selepas menahan dua orang termasuk seorang rakyat Taiwan dan merampas dadah bernilai RM7.1 juta di sebuah rumah kedai kosong di Bandar Pinggiran Subang, Petaling Jaya, Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata kedua-dua suspek dipercayai ahli kimia yang berpengetahuan memproses dadah, ditahan kira-kira pukul 3 petang hasil maklumat orang ramai.

"Dalam serbuan itu, polis merampas 317,130 biji pil Eramin 5 seberat 54.6kg, empat bungkusan plastik besar yang mengandungi serbuk Eramin 5 seberat 6.08kg, yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM7.1 juta.

"Selain itu, polis turut merampas bahan-bahan kimia dan mesin yang digunakan untuk memproses dadah itu serta wang tunai RM21,000, dollar Taiwan 101,800, dollar Singapura 7,572, Yuan China 1,440 dan dollar Hong Kong 450," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Tun Hisan berkata siasatan mendapati sindiket itu membekalkan dadah di Malaysia dan luar negara.

Katanya, kedua-dua suspek yang masing-masing berumur 35 dan 41 tahun disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 5.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM