Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Warga Emas Disyaki Rogol Anak Saudara Berusia 14 Tahun

Diterbitkan: 02 Feb 2018 3.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Lawas, 2 Feb 2018 - Polis memberkas seorang lelaki warga emas setelah menerima laporan suspek mencabul dan merogol anak saudaranya berusia 14 tahun setiap kali menghantar mangsa pulang ke asrama sekolahnya pada hujung minggu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-warga-emas-disyaki-rogol-anak-saudara-berusia-14-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:07 MYT

Lawas, 2 Feb 2018 - Polis memberkas seorang lelaki warga emas setelah menerima laporan suspek mencabul dan merogol anak saudaranya berusia 14 tahun setiap kali menghantar mangsa pulang ke asrama sekolahnya pada hujung minggu.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 62 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Meriting, Sundar di sini pada pukul 10.30 pagi semalam.

Beliau berkata, tangkapan itu dibuat setelah seorang doktor di Hospital Lawas membuat laporan polis berhubung perbuatan terkutuk dilakukan lelaki berkenaan.

“Seorang doktor membuat laporan polis setelah mendapati seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang dibawa oleh ibu angkatnya menjalani pemeriksaan di hospital didapati menjadi mangsa rogol bapa saudaranya itu.

“Mangsa mendakwa suspek sudah beberapa kali mencabul dan merogolnya di dalam kereta apabila menghantarnya pulang ke asrama pada hujung minggu dan kali terakhir melakukan perbuatan itu pada November tahun lalu,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Beliau berkata, polis akan memohon suspek direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada hari ini. - UTUSAN ONLINE

ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2018 3.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM