Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ajakan Seks Tujuh Lelaki Dua Wanita Ditahan

Diterbitkan: 02 Feb 2018 3.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Putrajaya, 2 Feb 2018 - Tindakan seorang penyelia lelaki yang didakwa mengajak seorang pekerja wanita di bawah seliaannya melakukan hubungan seks telah mencetuskan pergaduhan yang berakhir dengan tujuh lelaki dan dua wanita ditahan polis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ajakan-seks-tujuh-lelaki-dua-wanita-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:17 MYT

Putrajaya, 2 Feb 2018 - Tindakan seorang penyelia lelaki yang didakwa mengajak seorang pekerja wanita di bawah seliaannya melakukan hubungan seks telah mencetuskan pergaduhan yang berakhir dengan tujuh lelaki dan dua wanita ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata pergaduhan itu berlaku di sebuah restoran makanan segera di Presint Diplomatik, Presint 15 di sini pada kira-kira 11.19 malam semalam.

“Pergaduhan itu dipercayai tercetus angkara seorang daripada suspek lelaki yang ditahan mengajak pekerja wanita di bawah seliaannya untuk melakukan hubungan seks.

“Anggota keluarga pekerja wanita itu dan beberapa kenalan mereka telah datang ke restoran berkenaan untuk bertemu dengan suspek berhubung tindakannya dan berlaku pergaduhan yang turut melibatkan dua rakan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya polis yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima aduan pergaduhan itu telah memberkas sembilan individu terbabit iaitu tujuh lelaki berumur antara 21 hingga 49 tahun dan dua wanita berusia 22 dan 24 tahun untuk siasatan.

Menurutnya suspek yang dipercayai penyelia itu cedera dalam pergaduhan itu dan kini dirawat di Hospital Putrajaya.

“Usaha mengesan senjata kayu yang dikatakan digunakan dalam kejadian serta saksi kejadian sedang giat dijalankan," katanya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2018 3.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM