Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tujuh Lelaki Penagih Pengedar Dadah

Diterbitkan: 14 Apr 2015 7.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUANTAN, 14 April - Tujuh lelaki dipercayai penagih dan pengedar dadah ditahan di Kuantan dan Gambang secara berasingan, selepas berkelakuan mencurigakan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tujuh-lelaki-penagih-pengedar-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:11 MYT

KUANTAN, 14 April - Tujuh lelaki dipercayai penagih dan pengedar dadah ditahan di Kuantan dan Gambang secara berasingan, selepas berkelakuan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata tangkapan pertama melibatkan lelaki berusia 32 tahun semasa anggota polis dari Balai Polis Jaya Gading di sini, melakukan tugasan rondaan cegah jenayah di tepi jalan dekat Batu 11, di sini.

"Suspek yang ditahan pada 12.15 tengah hari semalam, juga didapati positif dadah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Sementara itu, polis juga menahan seorang lagi suspek berusia 18 tahun di Taman Tas di sini pada 1 tengah hari semalam, selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Abdul Aziz berkata pemeriksaan terhadap beg pinggang yang dipakai suspek menjumpai tiga keratan penyedut minuman yang mengandungi 26 biji pil kuda.

"Melalui akuan lisan, suspek turut mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan menjual dadah di sekitar kawasan ini.

"Kedua-dua suspek itu dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 15(1)(a) Akta dadah Berbahaya 1952," katanya.

Di Pekan, anggota polis dari Balai Polis Gambang menahan lima lelaki di kawasan ladang kelapa sawit dekat Paya Bungor di sini, dalam 'Ops Sarang'.
Beliau berkata dalam serbuan pada 5 petang itu, kesemua suspek berusia lingkungan 26 dan 39 tahun itu sedang khayal di bawah pengaruh dadah.

"Semakan rekod juga mendapati seorang suspek yang berumur 36 tahun memiliki rekod lampau dan dikehendaki polis berkait laporan di Balai Polis Paloh Hinai, Pekan," katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 14 Apr 2015 7.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM